Wednesday, May 27, 2009



Buat sahabat2 ku sekalian, sekalung penghargaan ana ucapkan buat sahabat2 semua atas segala pengorbanan yang telah dicurahkan.,
Pengharagaan ini ku tujukan Khas buat……….



Kak Ha.. & Hajar….
Kadang2 apa yang ustaz nk tak faham plak.. so ha.. ha.. k,ha lah orangnya yang akan dicari.. coz k,ha ni rajin sikit p jumpa ustaz… n ustaz pon banyak suh rujuk pada k,ha,,, erm.. hajar plak asyik kalut semacam.. asyik kerahkan diri ni “ida cepatlah buat” huh kadang2 malas sgt nk buat.. api mujur ada sahabat yang sentiasa kerahkan suh buat.. (bukan tak nk buat.. tapi.. hemm adelah..):


Angah (Mayuzi), di saat2 kekalutan menyiapkan projek Ilmiah ni, charger laptop plak buat hal, tiba2 rosak, n battery plak kong…aduh sungguh menguji kesabaran… tapi mujur ada angah yang sudi meminjamkan charger laptopnya . nak beli masa tu memang dh tak mampu, duit pun tengah kering… cukup2 untuk tampung hidup untuk tempoh nk siapkan projek ja…Terima kasih Angah.


Nak minum air..nak makan…. Ala masing2 kedekut nk luangkan masa... masing2 sibuk nk cepat siapkan Projek.. tapi mujur ada insan yang sentiasa ringan tulang membantu.. sape lagi.. dayah la… so dayah lah yang sudi kuar membeli dan menyediakan nasi untuk adik2nya yang malasun belaka ni… tahniah buat dayah kerana orang pertama dikalangan adik baradikmu yang dapat siapkan projek dalam masa yang ditetapkan…


Sehari sebelum nk p tunjuk draft akhir yang telah diedit.. erm.. terpaksa p za’ba.. nk print.. sungguh menguji kesabaran… kerana banyak sangat lari dari yang asal… so kene lah edit susun semula.. tapi mujur ada Alang(Bie) yang cuba menolong menyusun semula.. terima kasih Alang..atas jasa baik menolong along ke sana ke sini.. paling tidak dapat dilupakan Air Asam yang selalu Alang bancuh.. he3 sedap..


Nak bergerak sana sini nak Photostat or print, kadang2 kedai Photostat tutup terpaksalah meredah jalan p cari kedai potostat..so adik beradik yang sentiasa menjadi mangsanya… sape lagi… yang boleh bw motor lah… diri ni bukan tak pandai bawa tapi saje malas nk bawa.. he3.. Terima kasih sahabat..


Ateh (Nik), Ucu (Asiah) da n Dayah... motor awak sume selalu menjadi sasaran sahabat2mu…. Banyak berjasa pada kami sume… ke hulu ke hilir kami… sentiasa menjadi kuda tunggangan… pun begitu.. awak sume tidak pernah merungut… segala jasa baik hanya Allah sahaja yang mampu membalas setimpalnya…


Ateh.. terima kasih kerana meminjamkan motormu selama tempoh along menyiapkan tesis ini, paling bermakna pada hari nk jilid tesis seharian motormu ditunggang oleh adik-beradik.. untuk nk selesaikan tugasan yang semakin suntuk ini..Terima Kasih Ateh..


Ucu… Along sentiasa mencuri masa ucu, kadang2 nk pegi sana, nk pegi sini.. selalu diri ini menyusahkan dirimu… walaupun kekadang ucu sibuk tapi masih tetap cuba meluangkan masa menolong sedaya kudratmu…terima kasih Ucu… Along harap Ucu dapat siapkan Projek dalam masa yang diperuntukkan secepat mungkin… InsyaAllah.. sesungguhnya Allah sentiasa menolong Hambanya yang beriman.. ingatlah sahabtku


Mafhum Ayat: maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan..(5)Sesungguhnya bersama kesulitan itu kemudahan (6) insyirah : 5-6.

Rasanya dah betul kot edit sume ni… tapi bila banding2 Projek yang telah dijilid sahabat2 macam ade lain macam ja… lantas diri ini berlari mendapatkan Adiq (Asma)… “adiq betul ke macam ni Along buat.. kenapa lain macam je ngn sahabat kita yag lain buat” hati ni dh tak tenang… mula kalut.. masa dah suntuk.. tapi mujur adiq simpati… matanya baru saje nk terlelap kerana kepenatan..bangun juga semampu boleh cuba meneliti mana satu kesilapan… hai sngguh hina diri ini… Terima Kasih Adiq..

Pada mulanya nk pegi jilid Projek ngan Alang tapi… tak jadi… ade lagi yang perlu diedit.. so Alang terpaksa pegi dulu.. tinggallah diri ini yang masih lag mengedit penulisan yang masih berbaki silapnya… jam dah menunjukkan jam 4.30ptg.. diri ni dh mengelabah takut tak sempat nk print, coz kedai tutup kol 6 ptg… edit belum habis lag.. asyik duk adjust tak jadi2 gaya UKM nya.. nk print pon amik masa gak… hemm… camnani… selesai azan asar solat dulu..pastu sambung edit skit lagi…. Dh petang ni…. Coz kene jilid ari ni gak sebab jumaat ni dh kene hantar…

Mujur ada Uda (Rodiah) yang sudi menemani Along.. pegi print n Jilid..tapi masa tu dh lewat petang sangat.. dah la uda baru ja balik dari ngangkut barang untuk hajar… tapi tiada pilihan.. coz sume sahabat lain sibuk… hemm naïf nya diri ni selalu nyusahkan sahabat.. sampai kedai dah kul 6.45 ptg… dengan sepantas kilat kudratku mencapai PC, cepat2 buat untuk mengejar maghrib yang semakin hampir…Alhamdulillah sumenya selesai.. tapi kami agak terlewat menunaikan solat maghrib..(Ya Allah ampunkan hambaMu ini..atas kelewatan menunaikan kewajipan terhadapMu).. Terima Kasih UDA…

Itulah serba sedikit catatan pengalaman suka dan duka sepanjang tempoh 2 minggu berkelana di Perbukitan UKM untuk menyiapkan Projek Ilmiah..
Sekian wassalam… jumpa lagi sahabatku nanti….
Kalian tetap dalam doaku…

Tuesday, May 26, 2009

TAHNIAH BUAT ABANGKU


TAHNIAH!

DIUCAPKAN KEPADA ABG LI & KAK ZAHRAH,
SEORANG LAGI CAHAYA MATA PENYERI HIDUP.
LAHIR PADA 26 MEI 2009 PADA JAM 3.30 PTG.
NAMA DIBERI NOOR ASMA' A'DILAH BINTI ROSLI,
INI MERUPAKAN ANAK SEDARA ANA YANG KE 17.
NAMPAKNYA MAKIN BERTAMBAHLAH GENERASIKU

HARAPANKU MOGA GENERASI YANG LAHIR INI, ADALAH BAKAL PEJUANG MUJAHID DAN MUJAHIDAH PENYAMBUNG RANTAI2 PERJUANGAN RASULULLAH.


1. NUR AMALINA
2. MOHD KHAIRUL SAFWAN
3.NOR AISYAH
4.NOR NAJIHAH
5. NOR I'ZZATUL SHAHIDAH
6. MOHD FAIZ
7. MOHD SHAFIROL
8. MOHD IQBAL
9. AMNA ISHQINA
10.ASMA A'DILAH
11.ADAM ZIKRI
12.AINA
13.AMMAR ASHRAF
14, AZMINA HUDA
15. NUR SYAHADAH
16, AIMAN HUSAINI
17. NADIYYA U'LYA




Sunday, May 24, 2009


Memboikot barangangan Amerika dan Israel perlu diteruskan sehingga umat Islam menguasai ekonomi umat Islam dan dunia. Disini HPA (kopi radix - mai secawan) menyediakan sedikit barangan alternatif untuk umat Islam. Lakukan perubahan ini:
st1\:*{behavior:url(#ieooui) }

RADIX KOKO menggantikan MILO
RADIX SERIAL menggantikan NESTUM
RADIX MANJAKANI menggantikan NESCAFE
RADIX SYAMPU menggantikan RADOX SYAMPU
RFC menggantikan KFC
RADIX COLA menggantikan COCA COLA
RADIX COFFEE menggantikan STARBUCK
UBAT GIGI RADIX menggantikan COLGATE
HPA MALL menggantikan TESCO.
AYAM ORGANIK HPA menggantikan AYAM DAGING
KOSMETIK HPA menggantikan KOSMETIK BIASA
PENCUCI BAJU& PINGGAN HPA menggantikan PENCUCI BIASA
SYAMPU DAN SABUN HPA menggantikan SABUN/SYAMPU BIASA.
UBATAN HPA menggantikan UBATAN BIASA.
BERUS GIGI HPA menggantikan BERUS GIGI BIASA
KORDIAL HPA menggantikan KORDIAL BIASA
FISHBALL HPA menggantikan FISHBALL BIASA
BAJA ORGANIK HPA menggantikan BAJA ORGANIK BIASA.
AIR MINERAL HPA menggantikan AIR MINERAL BIASA.
HALWA ROSELLE menggantikan ROKOK

Sunday, May 10, 2009

alhamdudulillah...

syukur dipanjatkan kepada Allah.. atas nikmat dan kurnianya dapat lagi aku bernafas di muka bumi Allah yang fana ini..walaupun setiap masa sentiasa mengira detik seterusnya, apakah aku masih lagi akan diberi nafas untuk teruskan hidup..

Allah berfirman dalam al-Quran mafhumnya, tidak dibebani seorang hamba itu melainkan apa yang telah ia usahakan...

motivasi terbesar diriku ialah berdasar ayat al-Quran tersebut... walaupun kadang2 diri ini merasakan benar2 tertekan dengan ujian dan pelbagai masalah dan rintangan dilalui..namun begitu segala ujian itu dapat kulalui dengan hati yang tenang dan redha..apabila kita sentiasa menyandarkan segala pertolongan terhadap Allah s.w.t.

Rabbi Yassir wala Tua'assir....Rabbi Tammim Bilkkhair birahmatikaya Arhamu Rahimin.
inilah doa dan formula mujarab dalam mengahdapi situasi-situasi tetentu.....

hari ini first temuduga aku...
aku telah memohon KPLI-J-QAF.. walaupun banyak kekurangan dari sudut preparation... kugagahi jua kaki ini melangkah untuk menduduki temuduga tersebut..terbayang dan jangkauan awal takut tidak lepas dengan soklan2 yang diberikan... sebab aku langsung tak membaca dan study untuk temuduga ni... kerana ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan. namun begitu seperti yang dikatakan tadi "Rabbi Yassir Wala Tuasir" alhamdulillah sumenya berjalan dengan lancar dan aku dapt laluinya dengan baik...doaku moga Allah mudahkan proses selanjutnya...

kadang2 kita merancang tetapi perancanagn Allah adalah yang lebih baik

itulah mafhum dari salah satu petikan ayat al-Quran.. sekiranya tidak ditakdirkan aku lulus temuduga ni.. aku tetap redha dengan apa yang telah ditentukan...kerana Allah lebih mengetahui keprluan dan kehendak hambaNya..apa yang penting sekarang ialah doa dan Tawakkal.

sesungguhnya hidup dan matiku kerana Allah.. ku mohon agar setiap detik dan saat nafas yang menghela keluar adalah bermanfaat untuk agama dan akhirat...moga kurniaan yang diberikan ini dapat mneyumbang bakti terhadap ummat Muhammad demi mencapai "mardhatillah"

Tuesday, April 28, 2009

muktamar tahunan dewan pemuda pas negeri kedah kali ke-43

Majlis Perasmian
pada:8 Mei 2009,
Jumaat,
Jam 8.30 malam
Muktamar Penuh : 9 Mei 2009 ,
bermula jam 8.30 pagi
Tempat : Kompleks Yayasan Khairiah, Kupang, Baling, Kedah
Tentatif:
Ucapan Perasmian : YBhg. Tuan Haji Mohamad Sabu
Ucapan Ketua Pemuda Pusat : YB Hj Salahuddin Ayub
Ucapan Wakil Perhubungan PAS Kedah : Sheikh Hj Mohamad Abdullah
Ucaptama Ketua Pemuda PAS Kedah : Ust Musoddak Hj Ahmad
Himpunan Rakyat Bagi Mendesak Kabinet Menarik Balik Keputusan Menukar Agama Anak


1 Mei 2009 (Jumaat)Perkarangan Masjid Kg. Bharu Kuala Lumpur.Selepas Solat Jumaat
AnjuranDewan Pemuda Pas Wilayah dan Lajnah Dakwah & Pembelaan Islam DPPP
Seluruh Pemimpin Umat Islam, Ahli Politik, NGO dan rakyat diseru untuk hadir

Friday, April 10, 2009

Dipetik daripada Kitab Bidayah wa al-Nihayah (jilid II, halaman 125-130,Karangan Ibn Kathir.

Beliau ialah Luqman ibn Anqa' ibn Saduun. Ada yang menyebut Luqman Ibn Tharan. Al-Suhailiy ada menceritakan tentang Luqman melalui ibn Jarir dan al-Qutaybiy. Menurut al-Suhailiy, Luqman merupakan wakil rakyat bagi penduduk-penduduk Aylah. Ibn Kathir berpendapat bahawa beliau merupakan seorang lelaki yang soleh, yang gemar beribadah dan memiliki hikmat-hikmat yang besar. Ada pendapat lain yang mengatakan bahawa beliau ialah seorang qadi pada zaman Nabi Dawud a.s. Al-Abbas berkata bahawa beliau seorang hamba berbangsa Habsyi yang bekerja sebagai tukang kayu.Yahya ibn Said al-Ansariy telah berkata daripada Said ibn Musayyab yang mengatakan bahawa Luqman berasal dari Sudan, Mesir. Beliau mempunyai bibir seperti unta, dan Allah taala telah menganugerahkan kebijaksanaan (hikmat) kepadanya yang bertaraf rendah daripada seorang nabi. Al-A'mash telah berkata daripada Mujahid, Luqman seorang hamba berkulit hitam, kedua-dua bibirnya besar dan pecah-pecah kakinya. Satu riwayat lain mengatakan kakinya lebar kedua-dua belah.Daripada Abu Darda yang telah bercerita tentang Luqman al-Hakim, katanya. "Luqman tidak dikurniakan keluarga dan harta. Tetapi beliau seorang lelaki yang memendam kemarahan, berfikiran panjang, jauh pandangan, dan tidak tidur pada waktu siang. Tidak seorangpun yang pernah melihat beliau meludah, berdehem, membuang air kecil, membuang air besar, mandi, melakukan sesuatu yang sia-sia dan ketawa. Setiap pertuturannya mengandungin hikmah. Beliau pernah berkahwin dan mempunyai anak tetapi kesemuanya meninggal dunia. Beliau tidak meratapi pemergian anak-anaknya. Para pembesar dan pemerintah menjadikan dia sebagai tempat rujukan."Sesetengah pendapat mengatakan bahawa Luqman telah dianugerahkan taraf kenabian. Tetapi beliau bimbang tidak dapat memikul amanah tersebut, akhirnya beliau telah memilih kebijaksaaan kerana tanggungjawabnya lebih ringan. Ini merupakan riwayat Qatadah. Menurut pendapat jumhur yang masyhur, Luqman seorang yang sangat bijaksana, seorang ketua dan bukan seorang nabi. Allah s.w.t telah memuji beliau di dalam al-Quran dan menceritakan tentang nasihatnya kepada anaknya yang sangat dicintai.
Assalammualaikum Annis Apa khabar? Semoga Annis berada di dalam keadaan yang sihat dan gembira. Kekasih hati apa khabar?.. sihat? :-) Takde kekasih? isk!isk!.. takkan takde.... tak caya la.... :) Takperla.. kalo takde... insyallah esok lusa adalah nanti.. orang kata, kalau dah jodoh tak kemana... tapi kalo dah ada.. jagalah baik2.. jangan sampai di kebas orang.. kalau tak nak dikebas orang.. percepatkanlah ijab & kabul tu... insyalah bahagia hingga ke akhir hayat.. :) Tak bersedia?.. kenapa?... tak cukup duit?... Duit sebenarnya bukan satu masalah besar... kalau tak percaya... boleh dapatkan buku "Maskahwin Yang Hilang" di www.maskahwin.comKalau tak silap, Annis dah dapatkan sample buku tu beberapa hari yang lepas kan?. Harap, Annis gembira dan seronok membacanya..
Jika anda masih belum mendapatkan sample tersebut, anda boleh muat turun sample tersebut di URL berikut : http://www.maskahwin.com/sample.pdf
Okla... sebenarnya, tujuan saya mengirimkan email ini adalah untuk berkongsi dengan Annis tentang tips2 serta ilmu2 mengenai alam rumahtangga. Maklumlah... tak lama lagi nak berumahtangga kan? So.. kenalah belajar skit2 dari sekarang... Oklah, untuk kali ini, saya nak kongsi dengan Annis satu cerita. Harap Annis sudi membacanya. ============== Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya... pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...? guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta. pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong. guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...? pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya. gurunya menjawab: ye, itu lah cinta... dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...? guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan. pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut. maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....? pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya... maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
Just to share……………...

WASPADA !!! Al-Qur'an Palsu buatan Amerika Jangan abaikan ini, sebarkan ke semua muslim Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang didistribusikan di kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggris, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris disana. Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil. Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristen tentang tiga tuhan. Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu istri dianggap perbuatan Zina, perceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM. Buku yang sangat menyesatkan. Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim sedapat kita tentang pemberitaan ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT. Kkalau mau lihat isinya silahkan kunjungi situs ini http://www.islam- exposed.org/furqan/contents.html Contoh: Cover Contents The Blessing - Al Basmalah The Opening - Al Fateha Mudah2an Allah s.w.t. melaknat orang/kelompok yang mencoba menghancurkan Islam. Amin.... Tolong d fwrdkan pada saudara seiman seislam.. Wallahualam..

Wednesday, March 25, 2009

Selamat Pengantin Baru *Siti Hajar & Hasri*



tanggal 9 mac 2009, terciptalah dalam sejarah hidupmu bermulanya kehidupanmu sahabatku sebagai seorang Isteri, ku tahu betapa sebaknya hatimu dan menitis air mata kegembiraan dan keharuan atas title dirimu bergelar seorang isteri, tapi ketahuilah hatiku juga amat sedih atas kehilanganmu sebagai seorang sahabat yang membujang dlu, terimbau kenangan kita bersama, dan setiap saat yang dilalui bersamamu kembali bermain di mindaku. saat ku mengetahui kau akan dinikahkan menitis air mata ku hatiku seolah berat untuk mengakuinya tetapi itulah hakikat yang tidak dapat aku sangkal. pun begitu aku juga bersyukur kerana kau dipertemukan dengan seorang insan yang dapat menjagamu, dan sentiasa mendidikmu menjdi seorang isteri dan wanita yang solehah. peribadimu ku kenali sejak kita dibangku sekolah lagi dan aku sentiasa yakin bahawa kau akan dipertemukan dengan seorang insan yang baik akhlaknya. dan terbukti ianya benar. kudoakan dirimu bahagia dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta dapat menyambung rantai-rantai perjuangan rasulullah... insyAllah. layarilah bahtera hidupmu dengan berpaksikan akidah, bertunjangkan syariat, bersendikan adat kehidupan rumahtangga Rasulullah s.a.w...
moga ukhwah ini berkekalan walaupun kita sudah bergelar atuk dan nenek hinggalah aku sampai ke liang lahad moga kita dipertemukan di syurga Allah... InsyaAllah.

Sunday, February 15, 2009

LIMPAHKAN KASIH SAYANG



DALAM sehari semalam kita kerap menyebut perkataan 'Bismillah'. Semua di antara kita sudah tahu apa maknanya, iaitu 'Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'.Begitulah makna ayat al-Quran yang paling popular. Begitulah juga hebatnya Allah mengasihi makhluk yang dicipta-Nya.
Malah, golongan yang mengingkari-Nya pun masih dibenarkan tinggal di bumi-Nya. Mereka yang derhaka kepada-Nya pun masih diberi kesempatan menghirup udara-Nya, bahkan kadangkala rezeki makin bertambah.Walaupun begitu, sudah banyak kita mendapat nikmat daripada-Nya tetapi jarang memberikan waktu untuk menghitungnya jauh sekali untuk membalasnya.Setiap hari rasanya kita tidak terlepas meluangkan masa untuk mengambil sarapan kerana menganggap ia sangat penting. Tetapi kenapa kita tidak sempat menggunakan beberapa minit untuk bersama memikirkan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah, sebagai vitamin sebelum bekerja atau menunaikan tugas harian?Cuba tanya hati sanubari kita, apakah nikmat yang sudah kita dapat sepanjang hari semalam? Kita boleh tidur dengan nyenyak, rumah kita selamat daripada pencuri, anak ceria, kita sendiri bahagia dan sebagainya. Tetapi pernahkah kita rasakan itu adalah rahmat Allah atau dalam kata lain pernahkah kita bersyukur?Itulah tandanya kasih sayang Allah dan selepas kita mendapat kasih sayang Allah pernahkah kita tebar dan sebarkan itu semua kepada makhluk Allah yang lain? Sudahkah kita sayangi ibu bapa kita sebagaimana kasih sayang yang kita dapat daripada Allah itu? Kepada anak kita, teman dan rakan sejiran, teman dan rakan sepejabat kita, bagaimana?Sebenarnya antara tugas kita di bumi ini untuk berkasih sayang tanpa memandang ras, warna kulit, bangsa dan agama, parti politik bahkan juga kepada binatang, tumbuhan dan alam sekitar. Dalam satu hadis Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: "Orang yang bersifat pengasih akan dikasihi Allah Yang Maha Pengasih. Hendaklah kamu mengasihi makhluk di bumi, nanti kamu akan dikasihi penduduk langit."Kepada mereka yang derhaka kita patut melihat dengan penuh kasihan belas sebab kesalahannya adalah kesusahan baginya. Mereka perlu didekati untuk ditegur dengan baik bukannya kasar supaya penderhaka itu diselamatkan daripada murka Allah.

Saturday, February 14, 2009

"USWATUN HASANAH"



Alhamdulillah bersyukur kerana masih diberi kesempatan merasai nikmat untuk hidup bernafas di muka bumi Allah ini.. sesungguhnya setiap saat nafas dan dengupan jantung itu adalah nikmat Allah yang tidak terhingga.


satu ilmu yang dapat dikongsi bersama pada hari ini (14 feb 2009) dalam satu pengisian simposium nuqaba yang dilancarkan pada 14 feb 2009 yang dirasmikan oleh ustaz Asya'ri, Di dalam ceramahnya beliau menyentuh berkenaan lafaz / kalimah al-Quran. Setiap lafaz yang terungkap di dalam Al-Quran begitu indah dan setiap perkataan itu menunjukkan maksud yang tersendiri dan mempunyai kaitan dengan sesuatu peristiwa serta hikmah yang tersembunyi..


walaupun telah maklum bahawa a-Quran itu adalah mukjizat teragung dan mempunyai pelbagai keunikan dari pelbagai sudut..tetapi kita (ana sendirilah) tidak pernah mengkaji hanya tahu tapi tidak ambil tahu..


jika kita membaca firman Allah yang menyebut maksudnya: sesungguhnya pada Rasulullah itu ikutan (uswatun) yang baik. uswatun di sini dilihat kepada sebab dan peristiwa turunnya ayat ini ada kaitan dengan peristiwa peperangan khandak, di mana sahabat meminta kepada Rasulullah untuk berehat satu hari dari melakukan kerja untuk mengumpul tenaga kerana pada masa tersebut mereka kekurangan makanan dan kepenatan. lalu apabila diminta oleh sahabat Rasulullah tidak menjawab sebaliknya baginda membuka baju dan menunjukkan kepada sahabat perut baginda yang diikat dengan batu untuk menahan lapar bukan satu batu yang diikat tetapi dua ketul batu... lalu sahabat2 ini pun tanpa berkata apa2 terus meneruskan kerja dan mereka mendapat motivasi dari perbuatan tersebut inilah ayat yang turun menunnjukkan bahawa kalimah uswatun itu bukan sahaja maksud ikutan tetapi adalah Motivasi Rasulullah itu adalah motivater terbaik untuk sahabat dan Ummatnya... setiap kalimah itu sesuai dengan maksud yang tersurat dab tersirat lihatlah betapa agungnya mukjizat al-Quran.

Wednesday, February 11, 2009

POLITIK KOTOR BN HANCURKAN GENERASI MUDA

Harakah daily:12 february 2009

Berdasarkan perkembangan politik semasa terutama di Perak, kita berasa sedih dan jijik dengan perlakuan sesetengah pemimpin politik terutama yang beragama Islam.

Mereka seolah-olah mengesahkan tanggapan bahawa politik itu kotor; untuk berkuasa seseorang itu perlu bijak mencuri peluang sekalipun haram kerana matlamat menghalalkan cara (Machiavelli). Hakikatnya, politik tidak terlepas daripada hukum-hakam Islam yang menjadi adden (cara hidup) seseorang Muslim, tidak kira bangsa, kedudukan dan pangkatnya.
Kita tidak tahu apa yang bersarang dalam hati 'pemain utama kemelut Perak' - Najib Razak (Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik Pengerusi BN Perak), Nasarudin Hashim (Adun Bota), Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Adun Changkat Jering) kerana soal hati adalah milik individu dan Tuhannya, tetapi berdasarkan tindak tanduk dan tingkah mereka; ia boleh dijadikan landasan dan sempadan.
Seperti disebutkan, dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara. Buatlah apa sekalipun, yang hak tetap hak dan yang batil tetap batil. Mendapat kuasa secara batil, tidak membawa apa-apa keuntungan, sama ada di dunia apatah lagi di akhirat. Merujuk kepada perkembangan di Perak, kita berasa dukacita kerana tindak tanduk sesetengah pihak dan pemimpin tidak menepati undang-undang termasuk Perlembagaan Persekutuan.
Kini seluruh rakyat, termasuk generasi muda di bangku sekolah dan pusat pengajian tinggi sedang memerhati. Sesetengahnya didedahkan dengan urusan pentadbiran dan pengurusan negara antaranya membabitkan Perlembagaan Persekutuan dalam Pengajian Am Pra-Universiti. Mereka tahu bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara. Tetapi apa yang berlaku di Perak, mencabar minda; apa yang pelajari tidak selari dengan tindakan sesetengah pemimpin.


Generasi muda tahu bahawa Perlembagaan Persekutuan sebuah dokumen yang merupakan sumber segala perundangan lain yang wujud dalam negara dan mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan satu sistem kerajaan yang teratur.
Jika undang-undang tertinggi ini dilanggar, tentunya ia mencelaru dan merosakkan pemikiran generasi muda yang bakal menjadi pemimpin. Jika pemimpin negara dan politik tidak dapat menunjukkan contoh baik, bagaimana golongan muda dapat diharapkan menjadi warga baik pada masa depan. Inilah yang kita bimbangi kerana bapa borek, anak rintik; guru kencing berdiri anak murid kencing berlari.


Tindakan pemimpin 'bersandiwara' dalam politik - 'melompat bagaikan katak' - diiringi tuduhan dan pembohongan dan kemudian menjilat balik kata-katanya, menampilkan ciri-ciri munafik yang sekali gus menjadi contoh buruk kepada generasi muda. Apa yang boleh diharapkan daripada pemimpin jenis ini, yang menjual maruah untuk mendapatkan sedikit habuan dunia.
Kini terbukalah rahsia mengapa sesetengah pemimpin ini menolak mentah-mentah hukum-hakam Islam, malah memperlekehkan hukum hudud tidak lama dulu. Jika hukum manusia (Perlembagaan Persekutuan) pun tidak dapat dipatuhi malah dieksploitasi, bagaimana mereka dapat menerima hukum Allah SWT.
Apabila tidak melaksanakan hukum Allah SWT manusia jauh daripada barakah-Nya kerana di dalam undang-undang-Nya ada kehidupan. Kini apabila pemimpin menggunakan kuasa (Pusat) untuk mendapat kuasa (negeri) sekalipun menyalahi undang-undang ciptaan makhluk (dalam kes ini Perlembagaan Persekutuan), percayalah mereka hanya mempercepatkan kehancuran diri.
Apa yang kita bimbangi penyakit rakus menjadi pemimpin dan gila kuasa golongan ini akan menyebabkan rakyat terheret sama kerana seluruh negara akan menjadi keluh kesah manakala fitnah bermaharajalela.
Kepada orang beriman, ingatlah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


"Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Jangan meminta untuk menjadi ketua. Jika sesuatu jawatan diberi kepadamu kerana permintaan engkau, nescaya ia akan diserahkan kepadamu tanpa pertolongan. Sekiranya diberi kepadamu tanpa engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan." (al-Bukhari: kitab al-Ahkam)

Wednesday, February 4, 2009

KARAMAH MUJAHIDEEN DI PERANG GAZA

Karamah Mujahideen di Perang Gaza
Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu ke arah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia.

Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya:
1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.
3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel).
Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan di bahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.
4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.
5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.
6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.'
7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor di setiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Selepas suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.
8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). A
Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa DIa adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu." (Fussilat:52) .

Thursday, January 29, 2009

MLM: YANG HALAL DAN YANG HARAM

Soalan;
Sekarang ini banyak jualan langsung yang menjalankan operasi di Malaysia. Apa pendirian Syarak berkenaan MLM; apa ciri-ciri MLM yang harus dan apa ciri-ciri MLM yang haram pula?
Jawapan;
Setakat sekarang ini penulis belum menemui sebarang fatwa yang jelas berkenaan Sistem Jualan Lansung MLM dari mana-mana ulamak muktabar hari ini khususnya dari Timur Tengah atau Al-Azhar sama ada mengharuskannya atau mengharamkannya. Namun secara umumnya panduan urus-niaga secara Islam telah dihuraikan oleh ulamak dengan lengkap dan panjang lebar di dalam kitab-kitab Feqah.
Dengan memahami sebaik mungkin panduan tersebut, kita sebenarnya dapat mengukur sama ada suatu urus-niaga yang ditawarkan kepada kita itu (termasuklah MLM) halal atau tidak. Di sini, saya akan kemukakannya secara ringkas.Menjadi prinsip yang diterima oleh semua ulamak bahawa dalam hal-hal keduniaan (antaranya urusan perniagaan dan jual-beli), kedudukan asal setiap perkara dan urusan yang berkait dengannya adalah harus sehingga terdapat bukti yang jelas yang menunjukkan percanggahannya dengan Syarak sama ada dari segi prinsipnya atau terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang atau diharamkan. Oleh itu, dalam berhadapan dengan suatu perkara baru atau urusan baru yang bersifat keduniaan, yang harus diteliti ialah ada atau tidak di dalamnya sebarang unsur yang menyalahi prinsip Syarak dan unsur-unsur yang diharamkan? Jika tidak ada, maka ia dikekalkan atas kedudukan asalnya iaitu harus.
Secara umumnya, perniagaan yang sah menurut Syari’at Islam ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas berikut;
1. Ia berasaskan akad saling meredhai antara penjual dan pembeli
2. Ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarak ke atas suatu urusan perniagaan atau jual-beli.
3. Ia bebas sepenuhnya dari larangan-larangan Syarak iaitu perkara-perkara yang diharamkannya.Saling meredhaiSaling meredhai bermaksud pembeli meredhai atau berpuas hati dengan barang atau produk yang diterimanya dan tidak rasa tertipu dan penjual juga meredhai dengan harga jualannya, yakni ia tidak menjual dengan terpaksa. Prinsip saling redha-meredhai ini amat penting dalam urusan perniagaan kerana Allah berfirman (yang bermaksud); “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan saling meredhai di antara kamu” (Surah an-Nisa’, ayat 29).
Syarat-syarat bagi akad perniagaanBagi memastikan prinsip saling meredhai itu terlaksana, maka Syarak telah menetapkan syarat-syarat tertentu bagi setiap urusan perniagaan. Syarat-syarat ini jika dilanggari akan menyebabkan suatu urusan perniagaan tidak sah atau batal. Di antara syarat-syarat tersebut ialah;
1. Orang yang menjalankan akad perniagaan hendaklah mumayyiz, iaitu mampu membuat pertimbangan sendiri.
2. Mereka melakukan akad dengan kerelaan sendiri, iaitu tidak dipaksa melakukan akad.
3. Status barang yang diperniagakan dan harganya hendaklah diketahui dengan pasti (yakni tiada kesamaran) oleh penjual dan juga pembeli. Ini untuk mengelak dari berlakunya gharar.
4. Barangan jualan diizinkan oleh Syarak (yakni tidak tersenarai dalam barang-barang yang haram)
5. Jika urus-niaga membabitkan mata-wang hendaklah mematuhi syarat-syarat pertukaran matawang mengikut Syarak.
6. Hendaklah diselaraskan kandungan ijab dan qabul dari segi sebutan barang, harga dan sebagainya. Tidak sah aqad jual-beli yang ijab dan qabulnya tidak selaras seperti penjual berkata; “Saya jual barang ini dengan harga RM 40” dan pembeli pula berkata; “Saya beli dengan harga RM 30”.Larangan-larangan Syarak dalam perniagaanSetiap urusan perniagaan yang hendak diiktiraf oleh Islam juga hendaklah bebas dari sebarang unsur yang dilarang atau diharamkan oleh Syarak. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, larangan-larangan Syarak dalam urusan perniagaan berkisar atas beberapa sebab iaitu;a) Membantu kepada perbuatan maksiatb) Terdapat unsur-unsur gharar atau penipuanc) Terdapat unsur-unsur eksploitasi atau pemerasand) Terdapat penganiayaan terhadap salah satu pihak yang beraqad. (Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242)Lebih terperinci, antara unsur yang dilarang oleh Syarak dalam urusan perniagaan ialah;
(1) Menjalankan perniagaan yang diharamkan atau mendatangkan mudarat. Jika ada syarikat MLM yang menjual barangan/produk yang diharamkan oleh Syarak atau mendatangkan mudarat kepada manusia, maka tidak harus syarikat tersebut disertai oleh orang Islam sama ada sebagai pembeli, pengedar, penaja atau sebagainya.
(2) Al-Gharar; iaitu menjalankan urus-niaga dalam kesamaran iaitu tanpa dipastikan dengan tepat barangan/produk yang terlibat dan harganya sama ada oleh penjual atau pembeli. Para fuqaha’ sepakat menyatakan bahawa jual-beli secara gharar adalah batal atau tidak sah kerana sabit di dalam hadis; “Rasulullah s.a.w. menegah daripada jualan secara gharar” (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
(3) Melakukan penipuan dalam urusan urus niaga. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Sesiapa yang menipu maka ia bukan daripada golonganku” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Antara contoh penipuan ialah;
( a) Membuat iklan barangan dengan memaparkan keistimewaan-keistimewaan atau ciri-ciri yang sebenarnya tidak ada pada barangan tersebut melainkan untuk menarik perhatian orang supaya membelinya semata-mata. Penipuan sebegini dinamakan at-Taghrir iaitu memperdaya. (b) Menipu pembeli dengan menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran. Contohnya; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.
(c) Menyembunyikan kecacatan barangan atau produk. Contohnya; menyembunyikan kerosakan enjin kereta yang akan dijual dan sebagainya.
(d) Mengurangi timbangan
(4) Antara yang dilarang juga di dalam perniagaan ialah melakukan penganiayaan, memeras pengguna dan merosakkan kepentingan masyarakat; antaranya dengan melakukan ihtikar (monopoli barangan; yakni menyorok barangan untuk menaikkan harganya) dan menjadi orang tengah yang memeras pengguna. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Tidak melakukan ihtikar melainkan orang yang berdosa” (Riwayat Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, an-Nasaie dan Ibnu Majah dari Mu’ammar Ibn Abdillah r.a.)Larangan-larangan di atas jika berlaku dalam urusan perniagaan akan menyebabkan perniagaan tidak sah atau sekurang-kurangnya mendatangkan dosa kepada pelakunya walaupun perniagaan masih dianggap sah.Prinsip-prinsip di atas bersangkutan dengan perniagaan secara umum termasuklah perniagaan secara MLM.
Di sana ada perkara-perkara khusus yang berkait dengan MLM yang perlukan perhuraian atau garis panduan iaitu mengenai yuran keahlian, bonus dan harga barangan/produk.Syarat-syarat yuran keahlian Boleh dikatakan kesemua syarikat MLM menetapkan suatu kadar yuran keahlian terhadap orang yang ingin menjadi ahli atau pengedar bagi produk-produk keluarannya. Mengenakan yuran keahlian tersebut diharuskan jika memenuhi syarat-syarat berikut;
1. Yuran tersebut tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan dari peserta.
2. Yuran tersebut bertujuan untuk menyediakan maklumat dan keterangan kepada peserta berkaitan urusan dan agenda yang akan dijalankan oleh syarikat.
3. Yuran itu tidak mengikat peserta dengan mewajibkan syarat-syarat yang zalim dan tidak bermoral, dalam erti kata lain peserta boleh menarik diri dan dalam sesetengah hal duit akan dikembalikan.
4. Yuran tersebut tidak mempengaruhi perlakuan akad yang selanjutnya semasa berurus-niaga atau berjual-beli.Syarat-syarat di atas kita putuskan berasaskan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Majma’ al-Fiqh terhadap soalan mengenai yuran yang dikenakan sebagai satu syarat penting sebelum berhak menyertai jualan lelongan yang diamalkan oleh syarikat-suarikat peniagaan. Mengikut fatwa tersebut, pengenaan yuran tersebut adalah harus apabila ia memenuhi syarat-syarat di atas. (Lihat; Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami, 1994, 2/37).
Bonus Dicadangkan pemberian bonus dilakukan dengan menepati konsep al-Ji’alah di dalam Fiqh Islam. Al-Ji’alah bermaksud menjanjikan suatu pemberian (komisyen) kepada orang yang melakukan suatu kerja atau tugas tertentu yang sukar seperti seorang lelaki berkata; “Sesiapa dapat mengembalikan untaku yang hilang, baginya pemberian sebanyak RM 200” (Al-Majmu’, jil. 15, Bab al-Ji’alah). Al-Ji’alah adalah akad yang diharuskan dengan dalil al-Quran dan hadis, antaranya firman Allah;“Orang-orang menteri menjawab: “Kami kehilangan cupak raja dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”. (Yusuf: 72)
Menurut ulamak, keharusan al-Ji'alah terikat dengan beberapa syarat, antaranya;
1. Pihak yang berakad hendaklah terdiri dari mereka yang memiliki keahlian untuk melakukan akad.
2. Hendaklah bayaran terdiri dari nilai harta yang diketahui.3. Hendaklah manfaat yang diperolehi menerusi kegiatan ini diketahui pada hakikatnya serta harus memanfaatkannya dari sudut Syarak.(Wahbah az-Zuhaili, 4/787)Jadi, supaya bonus dapat menepati konsep al-Ji'alah tersebut, maka pemberian bonus oleh Syarikat MLM hendaklah berasaskan kepada manfaat/kerja yang disumbangkan oleh para pengedar atau orang terbabit dalam membantu syarikat. Nilai bonus yang dijanjikan hendaklah dinyatakan dengan pasti oleh Syarikat kepada para pengedarnya supaya ia menepati syarat yang kedua di atas.
Berdasarkan pengalaman saya dalam Syarikat HPA Industri Sdn. Bhd. (salah satu Syarikat Bumiputra Muslim yang giat menjalan perniagaan secara MLM di Malaysia), bonus yang diberikan oleh Syarikat HPA kepada pengedar-pengedarnya adalah sebagai ganjaran/upah yang dijanjikan kerana sumbangan mereka dalam melakukan perkara-perkara tersebut;
1. Memperkenalkan syarikat kepada orang ramai
2. Menaja ahli-ahli baru untuk syarikat
3. Membuat jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai.
4. Membimbing dan memimpin anak buah (downline) untuk membina organisasi perniagaan yang kukuh. Ini terpaksa melalui proses seperti pertemuan dari masa ke semasa untuk perbincangan, perancangan, penerangan berkenaan produk dan perkembangan terbaru syarikat.Melihat kepada kerja/manfaat yang disumbangkan oleh para pengedar seperti di atas, saya merasakan pemberian bonus oleh Syarikat HPA menepati prinsip al-Ji'alah yang diharuskan oleh Syarak tadi.
Meletakkan syarat untuk memperolehi Bonus Menetapkan syarat tambahan -selain dari yang ditetapkan Syarak- dalam mana-mana akad perniagaan dan harta adalah harus jika syarat itu tidak melanggar hukum Syarak yang sedia termaktub dan tidak terdapat sebarang penganiayaan dan pilih kasih. Keharusan ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka selama menepati yang hak (yakni hukum Allah)” (Riwayat al-Hakim dari Anas dan Aisyah r.a.).Oleh demikian, tindakan pihak syarikat menetapkan syarat tertentu ke atas para pengedarnya untuk melayakkan mereka memperolehi bonus -jika bonus tersebut dilakukan mengikut kaedah al-Ji'alah di atas- tindakan tersebut adalah harus asalkan syarat yang ditetapkan tidak bercanggah dengan mana-mana ketetapan Syarak dan tidak bersifat pilih-kasih atau menganiayai mana-mana orang.Jauhi “Sistem Piramid” Sistem Piramid yang kita maksudkan ialah satu sistem di mana kumpulan orang di bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian.
Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru. Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah;
1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan.
2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.
4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.
5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.
6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta digembar-gemburkan.(Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)Apa yang jelas di dalam Sistem Piramid ini, yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk, tetapi penaajaan ahli baru di mana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah, bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual. Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas, jelas bahawa Sistem Piramid tersebut bertentangan dengan Syari’at Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahiysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan atau jual-beli.Harga barangan/produk Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya; “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”. (an-Nisa’: 29) (Lihat; Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108).Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk;a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.b) Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.
Demikianlah beberapa panduan penting untuk mengukur sama ada sesuatu MLM itu harus atau tidak di sisi Syarak. Panduan tersebut bukan sahaja berguna untuk orang ramai, tetapi juga untuk pemilik syarikat yang menjalankan MLM untuk melihat sama ada sistem yang mereka guna menepati Syariat atau tidak.Wallahu A’lam.
Rujukan; 1. Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242.
2. Mu’jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiyyah Fi Lughatil Fuqaha’, Dr. Nazih Hamad, ter. Al-Ma’had al-‘Alami Lil Fikri al-Islami, Herndon, Virginia, U.S.A. (1993).
3. Fiqh Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, ter. Al-Fath Lil ‘ilam al-‘Arabi, Kaherah, Mesir (1411/1412H)
4. Al-Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhabil Imam as-Syafi’ie, Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali Syarbaji, ter. Dar al-Qalam, Damsyiq, Syiria (1991)
5. Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, ter. Dar al-Fikr, Damsyiq, Syria (1885)
6. Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, ter. Dar al-Manar, Mesir (1992).
7. Sistem Syarikat Jualan Lansung Di Malaysia Dari Perspektif Mualamat Islam, Muhammad Hasan Zaid bin Ramli, UKM Bangi (2002).
8. Al-Majmu, ter. Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan (2000)
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL




setaut Ukhwah semurni kasih
sedar tidak sedar sudah 2 tahun 1/2 berlalu kini hanya ada beberapa bulan sahaja lagi untuk ana dan teman-teman meneruskan perjuangan menimba ilmu di perbukitan UKM in.. pelbagai suka dan duka dilalui...
hari ini bagi ana ada satu kenangan manis dan tidak ternilai harganya... tak mungkin dapat dilupakan...
pada hari ni ana berpuasa seperti kebiasaan pada waktu petang kami akan makan berjemaah di bilik adik...tapi hari ni ana pegi library berseorangan tanpa ditemani sahabat2 yang len.. setelah selesai menelaah di library utuk menyiapkan assiment yg begitu banyak untuk d submit selepas cuti ni ana pulang ke kolej
disamping menunggu masa unuk berbuka puasa sempat lagi ana Ym ngn adik katanya ada sesuatu nk bincang ngn S/U pmfpi.. ana kata OK tapi pas maghrib ni lah.. along nk buka pose dulu..
tibanya masa berbuka pose... ana pun dengan rasa rendah diri menta'zimkan sunnah berpuasa walaupu berseorangan tapi ia adalah nikmat kerana berjaya melepasi mujahadah yang begitu kuat setelah sehari berpuasa...
tengh khusyuk makan ni... tiba2........
HAPY BIRTH DAY TO ALONG.....
YaAllah SubhanaAllah... terkejut ana dengan ucapan tu..
tak sangka sahabat 2 tetap meraikan juga birth day ana walaupun dah terlepas semalam..
ape pun untuk sahabat2 ana sekalian ana ucapakan ribuan dan juataan terima kasih atas ingatan nta orang semua...
tak terucap masa tu ... rasa betapa manisnya ukhwah pada masa tu..
adiq, ucu, alang dan angah... along tak tau nak ucap ape lagi untk ntunna sume juz hanya terlafaz di bibir ucapan Syukran...
buat sahabat2 along sume... along minta maaf banyak2 andainya selama ni along ada mengguris hati sahabat2 sume... walaupun kita selalu berbeza pendapat tetapi sumenye bagai adik beradik walaupun kadang 2 ade yag terasa tapi cepat2 dihapuskan dengan salam rabitah setiap kali berpisah..
along doakan moga ukhwah ini berkekalan hingga ke Akhir hayat,...
ukhwah ini adalah demi Islam ingat.. terbinanya ukhwah kita adalah atas dasar dan matlamat yang satu... tanpa matlamat ni along rasa tak munkin kita sume seakrab ini...
Syukran jazilan...juga pada Dayah..aciq, uda dan Nik yang berada di kampung halaman.