Sunday, February 15, 2009

LIMPAHKAN KASIH SAYANG



DALAM sehari semalam kita kerap menyebut perkataan 'Bismillah'. Semua di antara kita sudah tahu apa maknanya, iaitu 'Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'.Begitulah makna ayat al-Quran yang paling popular. Begitulah juga hebatnya Allah mengasihi makhluk yang dicipta-Nya.
Malah, golongan yang mengingkari-Nya pun masih dibenarkan tinggal di bumi-Nya. Mereka yang derhaka kepada-Nya pun masih diberi kesempatan menghirup udara-Nya, bahkan kadangkala rezeki makin bertambah.Walaupun begitu, sudah banyak kita mendapat nikmat daripada-Nya tetapi jarang memberikan waktu untuk menghitungnya jauh sekali untuk membalasnya.Setiap hari rasanya kita tidak terlepas meluangkan masa untuk mengambil sarapan kerana menganggap ia sangat penting. Tetapi kenapa kita tidak sempat menggunakan beberapa minit untuk bersama memikirkan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah, sebagai vitamin sebelum bekerja atau menunaikan tugas harian?Cuba tanya hati sanubari kita, apakah nikmat yang sudah kita dapat sepanjang hari semalam? Kita boleh tidur dengan nyenyak, rumah kita selamat daripada pencuri, anak ceria, kita sendiri bahagia dan sebagainya. Tetapi pernahkah kita rasakan itu adalah rahmat Allah atau dalam kata lain pernahkah kita bersyukur?Itulah tandanya kasih sayang Allah dan selepas kita mendapat kasih sayang Allah pernahkah kita tebar dan sebarkan itu semua kepada makhluk Allah yang lain? Sudahkah kita sayangi ibu bapa kita sebagaimana kasih sayang yang kita dapat daripada Allah itu? Kepada anak kita, teman dan rakan sejiran, teman dan rakan sepejabat kita, bagaimana?Sebenarnya antara tugas kita di bumi ini untuk berkasih sayang tanpa memandang ras, warna kulit, bangsa dan agama, parti politik bahkan juga kepada binatang, tumbuhan dan alam sekitar. Dalam satu hadis Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: "Orang yang bersifat pengasih akan dikasihi Allah Yang Maha Pengasih. Hendaklah kamu mengasihi makhluk di bumi, nanti kamu akan dikasihi penduduk langit."Kepada mereka yang derhaka kita patut melihat dengan penuh kasihan belas sebab kesalahannya adalah kesusahan baginya. Mereka perlu didekati untuk ditegur dengan baik bukannya kasar supaya penderhaka itu diselamatkan daripada murka Allah.

Saturday, February 14, 2009

"USWATUN HASANAH"



Alhamdulillah bersyukur kerana masih diberi kesempatan merasai nikmat untuk hidup bernafas di muka bumi Allah ini.. sesungguhnya setiap saat nafas dan dengupan jantung itu adalah nikmat Allah yang tidak terhingga.


satu ilmu yang dapat dikongsi bersama pada hari ini (14 feb 2009) dalam satu pengisian simposium nuqaba yang dilancarkan pada 14 feb 2009 yang dirasmikan oleh ustaz Asya'ri, Di dalam ceramahnya beliau menyentuh berkenaan lafaz / kalimah al-Quran. Setiap lafaz yang terungkap di dalam Al-Quran begitu indah dan setiap perkataan itu menunjukkan maksud yang tersendiri dan mempunyai kaitan dengan sesuatu peristiwa serta hikmah yang tersembunyi..


walaupun telah maklum bahawa a-Quran itu adalah mukjizat teragung dan mempunyai pelbagai keunikan dari pelbagai sudut..tetapi kita (ana sendirilah) tidak pernah mengkaji hanya tahu tapi tidak ambil tahu..


jika kita membaca firman Allah yang menyebut maksudnya: sesungguhnya pada Rasulullah itu ikutan (uswatun) yang baik. uswatun di sini dilihat kepada sebab dan peristiwa turunnya ayat ini ada kaitan dengan peristiwa peperangan khandak, di mana sahabat meminta kepada Rasulullah untuk berehat satu hari dari melakukan kerja untuk mengumpul tenaga kerana pada masa tersebut mereka kekurangan makanan dan kepenatan. lalu apabila diminta oleh sahabat Rasulullah tidak menjawab sebaliknya baginda membuka baju dan menunjukkan kepada sahabat perut baginda yang diikat dengan batu untuk menahan lapar bukan satu batu yang diikat tetapi dua ketul batu... lalu sahabat2 ini pun tanpa berkata apa2 terus meneruskan kerja dan mereka mendapat motivasi dari perbuatan tersebut inilah ayat yang turun menunnjukkan bahawa kalimah uswatun itu bukan sahaja maksud ikutan tetapi adalah Motivasi Rasulullah itu adalah motivater terbaik untuk sahabat dan Ummatnya... setiap kalimah itu sesuai dengan maksud yang tersurat dab tersirat lihatlah betapa agungnya mukjizat al-Quran.

Wednesday, February 11, 2009

POLITIK KOTOR BN HANCURKAN GENERASI MUDA

Harakah daily:12 february 2009

Berdasarkan perkembangan politik semasa terutama di Perak, kita berasa sedih dan jijik dengan perlakuan sesetengah pemimpin politik terutama yang beragama Islam.

Mereka seolah-olah mengesahkan tanggapan bahawa politik itu kotor; untuk berkuasa seseorang itu perlu bijak mencuri peluang sekalipun haram kerana matlamat menghalalkan cara (Machiavelli). Hakikatnya, politik tidak terlepas daripada hukum-hakam Islam yang menjadi adden (cara hidup) seseorang Muslim, tidak kira bangsa, kedudukan dan pangkatnya.
Kita tidak tahu apa yang bersarang dalam hati 'pemain utama kemelut Perak' - Najib Razak (Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik Pengerusi BN Perak), Nasarudin Hashim (Adun Bota), Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Adun Changkat Jering) kerana soal hati adalah milik individu dan Tuhannya, tetapi berdasarkan tindak tanduk dan tingkah mereka; ia boleh dijadikan landasan dan sempadan.
Seperti disebutkan, dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara. Buatlah apa sekalipun, yang hak tetap hak dan yang batil tetap batil. Mendapat kuasa secara batil, tidak membawa apa-apa keuntungan, sama ada di dunia apatah lagi di akhirat. Merujuk kepada perkembangan di Perak, kita berasa dukacita kerana tindak tanduk sesetengah pihak dan pemimpin tidak menepati undang-undang termasuk Perlembagaan Persekutuan.
Kini seluruh rakyat, termasuk generasi muda di bangku sekolah dan pusat pengajian tinggi sedang memerhati. Sesetengahnya didedahkan dengan urusan pentadbiran dan pengurusan negara antaranya membabitkan Perlembagaan Persekutuan dalam Pengajian Am Pra-Universiti. Mereka tahu bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara. Tetapi apa yang berlaku di Perak, mencabar minda; apa yang pelajari tidak selari dengan tindakan sesetengah pemimpin.


Generasi muda tahu bahawa Perlembagaan Persekutuan sebuah dokumen yang merupakan sumber segala perundangan lain yang wujud dalam negara dan mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan satu sistem kerajaan yang teratur.
Jika undang-undang tertinggi ini dilanggar, tentunya ia mencelaru dan merosakkan pemikiran generasi muda yang bakal menjadi pemimpin. Jika pemimpin negara dan politik tidak dapat menunjukkan contoh baik, bagaimana golongan muda dapat diharapkan menjadi warga baik pada masa depan. Inilah yang kita bimbangi kerana bapa borek, anak rintik; guru kencing berdiri anak murid kencing berlari.


Tindakan pemimpin 'bersandiwara' dalam politik - 'melompat bagaikan katak' - diiringi tuduhan dan pembohongan dan kemudian menjilat balik kata-katanya, menampilkan ciri-ciri munafik yang sekali gus menjadi contoh buruk kepada generasi muda. Apa yang boleh diharapkan daripada pemimpin jenis ini, yang menjual maruah untuk mendapatkan sedikit habuan dunia.
Kini terbukalah rahsia mengapa sesetengah pemimpin ini menolak mentah-mentah hukum-hakam Islam, malah memperlekehkan hukum hudud tidak lama dulu. Jika hukum manusia (Perlembagaan Persekutuan) pun tidak dapat dipatuhi malah dieksploitasi, bagaimana mereka dapat menerima hukum Allah SWT.
Apabila tidak melaksanakan hukum Allah SWT manusia jauh daripada barakah-Nya kerana di dalam undang-undang-Nya ada kehidupan. Kini apabila pemimpin menggunakan kuasa (Pusat) untuk mendapat kuasa (negeri) sekalipun menyalahi undang-undang ciptaan makhluk (dalam kes ini Perlembagaan Persekutuan), percayalah mereka hanya mempercepatkan kehancuran diri.
Apa yang kita bimbangi penyakit rakus menjadi pemimpin dan gila kuasa golongan ini akan menyebabkan rakyat terheret sama kerana seluruh negara akan menjadi keluh kesah manakala fitnah bermaharajalela.
Kepada orang beriman, ingatlah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


"Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Jangan meminta untuk menjadi ketua. Jika sesuatu jawatan diberi kepadamu kerana permintaan engkau, nescaya ia akan diserahkan kepadamu tanpa pertolongan. Sekiranya diberi kepadamu tanpa engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan." (al-Bukhari: kitab al-Ahkam)

Wednesday, February 4, 2009

KARAMAH MUJAHIDEEN DI PERANG GAZA

Karamah Mujahideen di Perang Gaza
Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu ke arah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia.

Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya:
1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.
3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel).
Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan di bahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.
4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.
5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.
6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.'
7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor di setiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Selepas suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.
8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). A
Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa DIa adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu." (Fussilat:52) .